Apabila keadaan tidak menjadi, owner mungkin mahu memberhentikan pekerja tersebut. Di sinilah owner baru sedar: ambil pekerja memang mudah, tetapi apabila salah ambil, bukan main hantar notis sahaja.
Sebab itu, penilaian perlu dilakukan dengan teliti sebelum calon menerima surat tawaran dan mula bekerja.
Sebelum membuat iklan jawatan, pastikan perkara berikut sudah disediakan:
- Skop kerja.
- Senarai tugasan harian, mingguan dan bulanan.
- KPI.
- SOP.
- Sistem pelaporan.
- Kriteria calon.
- Soalan temu duga.
- Tugasan penilaian.
- Semakan rujukan.
- Dokumen pekerja.
- Tempoh percubaan.
- Kaedah penilaian prestasi.
Owner juga perlu bertanya kepada diri sendiri: adakah saya benar-benar bersedia mengurus pekerja? Mengambil pekerja bermaksud owner perlu menyediakan masa untuk memberi arahan, mengajar, memantau dan memberikan maklum balas.
Jika owner mahu pekerja terus tahu semua perkara tanpa latihan dan panduan, masalah akan mudah berlaku. Lebih baik mengambil sedikit masa untuk membuat persediaan daripada menghabiskan beberapa bulan mengurus masalah yang sebenarnya boleh dielakkan dari awal.
Jangan tunggu pekerja sudah masuk baru sedar kita belum bersedia mengambilnya.
20 Checklist Sebelum Ambil Pekerja disediakan untuk membantu owner membuat semakan langkah demi langkah sebelum mengiklankan jawatan, memilih calon atau mengeluarkan surat tawaran.
Download Checklist