Sebelum Ambil Pekerja
Perkara asas yang owner perlu fikir sebelum mengambil seseorang bekerja.
Ambil pekerja mungkin mudah. Tetapi selepas seseorang mula bekerja dengan syarikat kita, banyak tanggungjawab sebagai majikan bermula.
Seminar HR Sabah membantu Tuan dan Puan memahami asas yang perlu diketahui oleh seorang majikan di Sabah.
Tidak perlu jadi pakar HR. Tetapi apabila Tuan dan Puan sudah mempunyai pekerja, Tuan dan Puan perlu tahu tanggungjawab sebagai majikan.

Fahami apa yang majikan Sabah boleh dan tidak boleh buat apabila mengurus pekerja.
Tanda soalan yang Tuan dan Puan yakin boleh jawab hari ini.
Ada 7 perkara yang Tuan dan Puan masih belum tanda.
Kalau ada satu sahaja yang Tuan dan Puan masih tidak pasti, seminar ini memang untuk Tuan dan Puan.
Ramai owner bisnes sangka kerja HR hanya bermula apabila syarikat sudah besar. Sebenarnya tidak.
Apabila seorang pekerja sudah mula bekerja dengan kita, Tanggung jawab HR sudah bermula.
Semua ini bukan sekadar isu “urus staff”. Ini juga melibatkan tanggungjawab seorang majikan.
Tujuan seminar ini ialah untuk membantu owner melihat gambaran besar sebelum berlaku masalah.
LANGKAH 01
AMBIL PEKERJA
LANGKAH 02
EMPLOYMENT CONTRACT
LANGKAH 03
GAJI & WAKTU KERJA
LANGKAH 04
OT • REST DAY • CUTI
LANGKAH 05
PRESTASI & DISIPLIN
LANGKAH 06
TERMINATION / PEKERJA BERHENTI
HR bukan sekadar proses mengambil pekerja. Ia bermula sebelum pekerja masuk dan berterusan sehingga hubungan pekerjaan berakhir.
Perkara asas yang owner perlu fikir sebelum mengambil seseorang bekerja.
Kenapa hubungan pekerjaan perlu mempunyai terma yang jelas dan apa yang owner perlu faham.
Asas bagaimana waktu bekerja dan pembayaran pekerja perlu diurus.
Perkara yang sering menjadi salah faham antara majikan dan pekerja.
Apa yang patut dibuat apabila pekerja lewat, tidak hadir, ingkar arahan atau mempunyai masalah disiplin.
Kenapa terminate pekerja bukan sekadar beri surat dan suruh berhenti.
Ramai owner tidak sengaja buat salah. Mereka cuma tidak pernah diajar apa yang perlu dibuat.
“Dia tidak perform. Saya terus terminate.”
Isu penamatan pekerja perlu difahami dengan lebih berhati-hati. Ada proses dan sebab yang perlu jelas sebelum keputusan dibuat.
“Tidak ada offer letter. Jadi dia bukan pekerja tetap.”
Hubungan pekerjaan tidak semestinya semudah melihat kewujudan satu surat sahaja. Cara kerja sebenar juga diambil kira.
“Staff kerja lebih lama sedikit sahaja.”
Waktu bekerja dan OT perlu difahami dengan betul. “Sedikit sahaja” itu tetap perlu dikira dan direkodkan.
“Kalau staff buat salah, keluarkan warning letter sahaja.”
Pengurusan disiplin mempunyai proses dan dokumentasi. Warning letter bukan satu-satunya langkah.
“Cuti ikut apa syarikat mahu beri.”
Owner perlu memahami hak dan tanggungjawab berkaitan cuti sebelum menetapkan polisi syarikat sendiri.
“Bisnes saya kecil. HR belum penting lagi.”
Kalau sudah ada pekerja, HR sudah penting. Saiz bisnes tidak menghapuskan tanggungjawab majikan.
Ia bermula lebih awal apabila proses, dokumen dan kefahaman majikan tidak dibina dengan betul.
Hari 1
Ambil pekerja tanpa proses jelas
Bulan 2
Waktu kerja mula berubah
Bulan 4
Isu OT / cuti / attendance
Bulan 7
Masalah disiplin
Bulan 8
Owner mahu terminate
Bulan 9
Pertikaian berlaku
Sebab itu kita belajar sebelum sampai ke hujung.
TAJUK FORUM
Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh Dibuat Kepada Pekerja
OBJEKTIF FORUM
Membantu peserta memahami gambaran asas pengurusan pekerja dan tanggungjawab majikan di Sabah sebelum pergi kepada pembelajaran HR yang lebih mendalam.
Antara topik yang dibincangkan dalam siri seminar HR Sabah
1.Ambil pekerja senang, mahu berhentikan pekerja bukan main hantar notis saja.
Ada soalan? Terus tanya dengan pakar
2.Tidak ada surat tawaran kerja, tidak bermakna tidak ada kontrak.
Ada soalan? Terus tanya dengan pakar
3.Suka-suka suruh pekerja kerja lebih masa, tapi tidak mahu bayar OT.
Ada soalan? Terus tanya dengan pakar
4.Kerja seminggu 6 hari, kerja lebih dari masa yang ditetapkan.
Ada soalan? Terus tanya dengan pakar
Ada pekerja tetapi banyak urusan HR masih dibuat berdasarkan pengalaman dan kebiasaan.
Mahu mengukuhkan kefahaman tentang pengurusan pekerja di Sabah.
Diberikan tugas urus attendance, cuti, payroll atau dokumen pekerja tetapi tiada asas HR yang kuat.
Baru mula membina team dan mahu bina asas yang lebih teratur dari awal.
Sebaliknya: ia membantu owner memahami peta besar supaya tahu apa yang perlu diberi perhatian.

Faezahwaty A.M. Ibnu ialah pengamal undang-undang kanan dengan pengalaman lebih 16 tahun dalam litigasi, penasihat korporat dan pematuhan undang-undang pekerjaan. Beliau adalah Pengasas dan Prinsipal Faezah & Co. di Kota Kinabalu, dan telah menguruskan lebih 670 kes undang-undang merangkumi litigasi, kontrak dan pematuhan.
Faezahwaty A.M. Ibnu
Pengasas & Prinsipal, Faezah & Co. — Kota Kinabalu, Sabah
Senarai Semak Majikan
Kalau Tuan dan Puan sudah mempunyai pekerja, mulakan dengan memahami asas terlebih dahulu. Seminar ini percuma dan dibina khusus untuk membantu owner bisnes Sabah memahami pengurusan pekerja dalam bahasa yang mudah.