Semasa pekerja masuk, owner hanya memberikan arahan: “Buat yang terbaik.” “Tolong pastikan semua kerja siap.” “Kalau tidak tahu, tanya.”
Selepas beberapa bulan, owner mula merasakan prestasi pekerja tidak memuaskan. Tetapi pekerja tidak pernah diberitahu maksud “prestasi yang baik”. Berapa banyak kerja perlu disiapkan? Bila kerja perlu disiapkan? Apakah kesilapan yang tidak boleh berlaku? Bagaimana pekerja perlu melaporkan kerja? Bagaimana prestasi sepanjang tempoh percubaan akan dinilai?
Jika perkara ini tidak ditetapkan dari awal, owner akan menilai berdasarkan perasaan. Pekerja pula bekerja berdasarkan andaian.
KPI, SOP dan sistem pelaporan bukan hanya diperlukan oleh syarikat besar. Bisnes kecil lebih memerlukannya kerana owner tidak mempunyai banyak masa untuk memantau setiap kerja.
KPI tidak semestinya rumit. Ia boleh bermula dengan perkara mudah seperti:
- Semua pertanyaan pelanggan dibalas dalam tempoh tertentu.
- Dokumen dikemas kini setiap hari.
- Laporan kerja dihantar pada waktu yang ditetapkan.
- Kesilapan tertentu tidak berulang.
- Tugasan mingguan disiapkan sebelum tarikh akhir.
Selain KPI, pekerja juga perlu diberikan SOP atau panduan kerja. SOP membantu pekerja mengetahui cara kerja yang betul. Sistem pelaporan pula membantu owner mengetahui perkembangan kerja tanpa perlu bertanya setiap masa.
Jangan tunggu tiga bulan baru bercakap tentang prestasi. Tetapkan jangkaan sejak hari pertama.
Pekerja tidak boleh mencapai sasaran yang tidak pernah diberitahu kepada mereka.
20 Checklist Sebelum Ambil Pekerja disediakan untuk membantu owner membuat semakan langkah demi langkah sebelum mengiklankan jawatan, memilih calon atau mengeluarkan surat tawaran.
Download Checklist