Kerja bertimbun. Pelanggan lambat dilayan. WhatsApp tidak sempat dibalas. Dokumen tidak tersusun. Banyak perkara pula hanya owner seorang yang tahu.
Akhirnya owner membuat keputusan: “Aku kena ambil pekerja.”
Keputusan itu memang nampak logik. Namun, sibuk tidak semestinya bermaksud bisnes sudah bersedia untuk mengambil pekerja.
Kadang-kadang owner sibuk kerana kerja tidak disusun. Terlalu banyak kerja kecil masih dibuat sendiri. Ada pula proses yang berulang kerana tiada sistem dan SOP.
Jika punca sebenar tidak dikenal pasti, pekerja baharu mungkin tidak menyelesaikan masalah. Dia hanya masuk ke dalam keadaan yang sudah bercelaru. Owner masih sibuk. Pekerja pula tidak tahu apa yang perlu dibuat. Gaji sudah perlu dibayar, tetapi beban kerja owner tidak banyak berkurang.
Sebab itu, sebelum mengambil pekerja, senaraikan dahulu semua kerja yang ada dalam bisnes. Pecahkan kerja mengikut tugasan harian, mingguan dan bulanan.
Kemudian kenal pasti kerja yang:
- Membawa duit masuk.
- Mengambil banyak masa.
- Berulang setiap hari.
- Tidak memerlukan kepakaran owner.
- Boleh diajar kepada orang lain.
Daripada senarai itu, owner boleh melihat kerja yang patut terus dilakukan sendiri dan kerja yang boleh diserahkan kepada pekerja.
Jangan ambil pekerja hanya kerana owner penat. Ambil pekerja kerana bisnes sudah mengenal pasti kerja yang perlu diserahkan.
Pekerja bukan penyelesaian kepada semua masalah. Pekerja hanya membantu apabila masalah dan tugasan sudah dikenal pasti dengan jelas.
20 Checklist Sebelum Ambil Pekerja disediakan untuk membantu owner membuat semakan langkah demi langkah sebelum mengiklankan jawatan, memilih calon atau mengeluarkan surat tawaran.
Download Checklist